Tuesday, March 24, 2009

PWTC DIPENUHI MANUSIA



Mulai pagi tadi PWTC dibanjiri perwakilan untuk mendaftar sebagai perwakilan, peniaga di booth yang disediakan, para petugas dan tak kurang seperti saya; pengunjung biasa alias penyibuk.


Macam2 karenah manusia dapat dilihat. Macam2 cerita dapat dicuri dengar. Dalam lift Seri Pacific ada seorang Datin Seri kata takkan dari Pahang semua kot? Ada yang kaitkan cuaca mendung kononnya turut bersedih paklah nak berhenti (kakakakaka)....


Tapi dalam sibuk2 berpolitik, lebih ramai lagi yang shopping...hahahaha, termasuk yang sedang menaip ni. Tadinya hasrat nak tinjau sahaja persiapan di dewan. Akhirnya terbeli 4 pasang baju kurang....duss....kunun2nya malu pakai jeans merayau kat PWTC!!!


Seperti anda saya juga berdebar keputusan pengundian bermula esok.

No comments: