Sunday, January 18, 2009

CUBA KITA FIKIRKAN

Semua sudah menyatakan pendapat dan analisis tentang PRK KT.

Seperti biasa, yang menang tentu bersorak gembira, yang kalah harus menerima hakikat. Namun bagi UMNO tentu isu ini belum selesai. POst-Mortem akan dibuat. Nasihat saya yang kerdil ini, dengarlah suara rakyat. Bukan suara ahli2 umno yang anda harap akan mengundi dalam pemilihan UMNO Mac 2009 sahaja. Kalau nak tahu perasaan grassroot secara ikhlas, rajin2lah baca blog. Blog penyokong atau seteru. Baca posting dan komen2 secara "cool-headed". Memang komen2 kekadang amat menyakitkan, tetapi darpada pembacaan itu kalian sebagai pemimpin akan dapat gambaran yang lebih luas terhadap kehendak rakyat. Lagipun tanpa rakyat siapalah kamu?
Berubahlah sebelum kerajaan diubah!!<

No comments: