"Hanya kerana saya dahulu menjadi pemimpin UMNO tidak bermakna saya mesti terus menyokong UMNO setelah UMNO menyimpang dari perjuangan asalnya dan sudah jadi parti milik perasuah yang hanya utamakan kepentingan diri masing-masing, yang hanya menyertai UMNO untuk dapat duit sogokan, mendapat peluang perniagaan, menjadi Menteri dan Perdana Menteri.
Saya akui saya yang pilih Dato Abdullah, Mr Clean. Saya akui juga saya tidak pandai pilih. Lihat sahaja Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan ramai dari Menteri-Menteri yang mengutuk saya apabila sahaja saya tidak jadi
Memilih semasa saya tidak tahu perangai seseorang adalah tidak bijak. Tetapi meneruskan sokongan apabila saya sudah tahu keburukan yang dilakukan oleh orang pilihan saya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab."
Ramai orang dan ahli2 UMNO mempersoalkan kenyataan-kenyatan Tun Dr Mahathir yang kelihatan tidak memihak kepada Umno terutama sekali di saat-saat ia IA SAKIT TENAT(UMNO). Mereka menjelekkannya sebagai sudah lali (no one is much sharper and saner then him, anyway). Malahan the former dikatakan menghancurkan peluang anaknya sendiri MP Datuk Mukhriz M dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno menjelang Mac 09 nanti. Perspsi saya tentang skop perjuangan Tun selama ini adalah benar setelah membaca posting beliau dalam blognya
Bagi Tun, dia berjuang bukan sekadar untuk kelangsungan politik anak dan ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment